Amir Aizat Bin Norazmi dilahirkan dan dibesarkan di Cheras, Kuala Lumpur. Telah mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2005.
Beliau telah diterima masuk sebagai peguam bela dan cara oleh Mahakamh Tinggi Malaya pada 2006. Selepas menamatkan pengajiannya di UIA, beliau telah menjalani latihan selama sembilan (9) bulan di Nordin Torji & Yussof Ahmad. Kemudiannya beliau telah menyertai firma Kam Woon Wah & Co sebagai peguam yang mana potfolionya ialah menjalankan kes melibatkan kes-kes sivil dan syariah di Mahkamah.
Pada tahun 2007 beliau telah menerima tawaran untuk berkhidmat dengan firma Soraya Chuah & Associates sebagai peguam yang juga ditugaskan untuk menyelesaikan kes-kes sivil melibatkan bank termasuklah kebankrapan, lelong, penutupan syarikat dan juga prosiding-prosiding lain. Selepas itu, pada tahun 2008 beliau telah bersetuju untuk menerima tawaran dari Tetuan Rashidah Muzafar & Azwar dan bertindak sebagai peguam dibahagian hartanah (conveyancing). Beliau seterusnya berpindah untuk mencari pengalaman menguruskan kes Indah Water Konsotium dengan menerima tawaran dari firma Ravi Shangar & Associates. Dari sana, beliau telah mendapat kekuatan untuk menubuhkan firma sendiri pada tahun 2011 iaitu Amir, Rafidah & Co.
Beliau mempunyai tujuh (7) pengalaman dalam menguruskan kes-kes sivil yang melibatkan kes-kes di mahkamah iaitu kes-kes tuntutan bank, kes lelong, kebankrapan, kecederaan kemalangan dan lain-lain.
Pada masa yang sama, beliau berpengalaman di dalam kes hartanah di mana beliau telah banyak menguruskan kes jualbeli rumah dan kedai (Subsale). Menguruskan kes pemaju di ‘The Serai’ at Jalan Segambut, Kuala Lumpur dan juga kes-kes yang melibatkan perjanjian lain.
Rafidah binti Nazaruddim dilahirkan dan mendapat pendidikan awal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau merupakan lulusan dari Universiti Teknologi Malaysia (UITM) dan telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Komunikasi(kepujian).
Beliau telah menamatkan tempoh percubaannya di Tetuan Arun & Co. Kuala Lumpur pada tahun 2006 dan meneruskan tugasnya sebagai peguam di firma tersebut sehingga tahun 2007.
Pada tahun 2008, beliau telah menyertai firma Harcharan S Sidhu dan telah menguruskan kes-kes sivil berkaitan dengan kes bank, Sewa Beli, kebankrapan dan lelong. Beliau kemudiannya telah menerima tawaran dari Tetuan Hisham Yoong K.C.Lim sebagai peguam di sana.
Keseluruhannya beliau mempunyai banyak pengalaman di bidang undang-undang sivil dan telah menguruskan kes sehingga ke Mahkamah Rayuan berkaitan kes tuntutan bank (General/Banking Litigation, Accident, Family matter, drafting Summons, defence, reply and Counter Claim, obtaining Judgment in default, attending and conducting hearing interlocutory application such as Summary Judgment, Striking out, Injunction, Stay of proceeding).
Mohd zulhakeem bin Mohd Husain dibesarkan di Johor Bharu. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia (UITM) dan telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang pada tahun 2007.
Beliau telah menamatkan tempoh percubaannya di Kunalan Sami & Co di Kuala Lumpur sehingga menyertai Syarikat Amir, Rafidah & Co. Beliau mempunyai menpengalaman yang banyak mengenai kes-kes sivil. Keseluruhannya beliau, mempunyai kepakaran mengendali kes sivil dan mahir mengendalikan kes berprofil tinggi.
Mohd zulhakeem bin Mohd Husain dibesarkan di Johor Bharu. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia (UITM) dan telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang pada tahun 2007.
Beliau telah menamatkan tempoh percubaannya di Kunalan Sami & Co di Kuala Lumpur sehingga menyertai Syarikat Amir, Rafidah & Co. Beliau mempunyai menpengalaman yang banyak mengenai kes-kes sivil. Keseluruhannya beliau, mempunyai kepakaran mengendali kes sivil dan mahir mengendalikan kes berprofil tinggi.
No comments:
Post a Comment